Jumaat, 11 Disember 2009

petua pilihan

Wow ini seharusnya anda mencuba.pernah tak anda mendengar petikan lagu ini “siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati tiada memikat,kalau lah memang tak mungkin aku tertarik kalau lah sungguh tak mugkin kan jatuh.”ha wanita melayu memang cantik molek.Cantik menarik kau memang the boom.huhuhu.
Cuba kita fikir sejenak.adakah nenek moyang kita dahulu mengunakan pelbagai produk kecantikan.?saya rasa mugkin ada tapi hanya sebilangan yang kecil sahaja.Mungkin juga Kerana zaman dulu kurang adanya produk-produk kecantikan ni.So kenapa nenek moyang kita kekal cantik molek sampai ke usia tua.Kalau tak percaya cuba tenung wajah nenek dan mak kita,cantik molek kan.huhuhuhu....Ha ni lah jawapan nya:- Ikuti lah petua -petua yang di amalkan nenek-nenek kita sejak dulu lagi.
Kami hadiah kan petua-petua ini khas untuk anda semua.
HAPUSKAN KUTU DI KEPALA
• Ambil empat hulas bawang putih yang telah dibuang kulit nya.tumbukkan bawang putih tadi dengan lumat dan gaul kan bersama minyak masak sehingga sebati.Kemudian lumurkan di atas kepala anda.amalankan setiap hari sehingga anda mendapat kesan nya.semoga berjaya.hehehe.
HILANGKAN SAKIT GIGI
• Ambil segenggam daun pokok kesinai (bonsai) dan di bersihkan.Rebus bersama empat gelas air dan segenggam garam kasar.biarkan sehingga mendidih.Setelah air rebusan tadi sejuk,gunakan air tersebut untuk berkumur-kumur selama 5 minit dengan diiringi selawat. amalankan setiap hari sehingga anda mendapat kesan nya.
LEMBABKAN KULIT MUKA ANDA
• Ambil kubis yang segar dan tumbuk hingga mengeluarkan air,kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah.Sapu pada bahagian muka.amalkan setiap hari supaya muka anda akan mejadi segar,lembab dan licin.
MASALAH SEMBELIT BAGI IBU BERSALIN
• Rebus seikat sawi bersama sedikit lada hitam,halia dan bawang putih.Makanlah bersama dengan nasi tanpa mengambil kuahnya.Cubalah.insyaallah akan berkesan.
BISA SENGAT TEBUAN ATAU LEBAH
• Ambil pisau atau parang dan asah kan dengan air diatas batu pengasah,kemudian ambil air dakinya dan sapukan pada tempat yang sengat lebah atau terbuan tersebut.Dalam beberapa minit ianya akan pulih seperti biasa........
Setakat sini sahaja dulu.tunggu di episod yang akan datang.jangan lepaskan aneka petua yang menarik ini.tunggu........banyak lagi petua yang menanti anda.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan