Ahad, 20 Disember 2009

Ketawa tingkatkan metabolisme.


Ketawa bukan sahaja menceriakan anda malah dapat juga meningkatkan kadar metabolisme tubuh badan kita sebanyak15%.Jika anda ketawa selama 10 hingga 20 minit mampu membakar sehingga 10 hingga 40 kalori.Ha.....jangan pula anda tidak melakukan aktiviti fizikal lain seperti bersenam.berjoging dan sebagainya....Cuba lah....

Prinsip yang harus ada pada diri anda untuk berjaya dengan cemerlangnya



· Sentiasa berfikiran positif dalam minda anda


· Sentiasa berubah secara positif setiap hari agar kehidupan hari ini lebih baik dari semalam.Dan bersedia untuk melakukan yang lebih baik untuk esok.


· Jadi kan segala rintangan sebagai batu loncatan untuk berjaya bukan sebagai batu penghalang.


· Sentiasa komited terhadap tugas dan kreatif


· Sentiasa belajar daripada kesilapan dan kejatuhan.


· Sentiasa yakin dan berani


· Tidak mudah putus asa


· Sentiasa memaafkan orang lain dan meminta maaf daripada orang lain


· Sentiasa berdoa dan bertawakal


Bukan mudah untuk anda berjaya dan tidak susah untuk anda gagal.Jika anda mahu berjaya dalam semua perkara yang anda inginkan anda haruslah banyak bersabar dan jangan putus asa dengan setiap ujian dan halangan yang ditempuhi.Jika anda berusaha tanpa jemu,insyallah anda akan berjaya suatu hari nanti.yakin lah pada diri anda sendiri.Ayuh....kuatkan semangat mu,beranikan dirimu menempuhi segala ringtangan yang akan dilalui nanti.Semoga anda semua berjaya...Amin....

5 teknik sediakan hidangan yang sihat


1. Jangan lupa buang lemak pada bahagian kulit ayam atau daging

2. Bersihkan buah atau sayuran dibawah air yang mengalir.jangan biarkan sayuran dan buahan direndam terlalu lama di dalam air.

3. Gantikan bahan perasa,sos dan kicap dengan pengunaan air rebusan ayam dan juga sayur-sayuran

4. Anda juga tidak digalakan menggunakan minyak masak yang telah digunakan sebelumnya berulang kali.Ini kerana minyak masak akan betukar warna setelah dipanaskan bagi jangka masa yang lama.

5. Untuk mengelakan kehilangan vitamin,tutup kuali dan juga alatan memasak ketika sedang menyediakan hidangan makanan.Anda juga digalakan merebus ayam atau daging daripada anda menggoreng ,ini adalah satu cara yang terbaik untuk mengekalkan khasiatnya.

amalkan pemakanan yang sihat setiap hari dalam kehipupan kita.badan sihat otak pun cerdas.hehe....

Kenapa terjadinya lebam gelap dibawah mata anda

· Keletihan dan tidak cukup tidur.
Keletihan dan tidak cukup tidur akan menyebabkan keadaan pucat pada kulit muka. Ini akan menyebabkan darah pada bahagian kulit bawah mata menjadi lebih jelas kelihatan biru atau gelap.


· Kurang makan berkhasiat
Permakanan yang tidak seimbang dan diet yang tidak teratur juga merupakan salah satu faktor kepada lebam gelap dibawah mata anda.So...ambillah makanan yang berkhasiat tinggi supaya anda kelihatan cantik dan anggun.hehehe....


· Umur
Jika anda mempunyai kecenderungan lebam gelap dibawah mata,seiring dengan usia anda,ia semakin jelas kelihatan dan kekal.Kulit yang selalu berlipat di bawah mata akan menyebabkan lebam mata semakin jelas.

Sabtu, 19 Disember 2009

Tentang blog ini.


Disini saya akan menceritakan serba sedikit tentang blog ini.blog ini baru sahaja diterbitkan dalam 2 minggu lepas bertujuan untuk menjadikan nya sebagai sumber maklumat kepada pembacanya,terutamanya wanita. Apa yang menarik lagi,ianya percuma untuk anda

saya akan sentiasa up to date bahan baru untuk anda semua.jadikan lah blog ini sebagai pilihan anda ketika melayari internet.Disamping itu juga,saya amat mengalukan pembaca-pembaca semua memberi ulasan kepada setiap topic yang saya terbitkan.ini memudahkan bagi saya membaiki kesilapan yang ada.seperti yang kita tahu setiap mahluk bernama manusia pasti melakukan kesilapan.

Anda juga boleh menjadi ahli followers bagi blog ini.ianya akan memudahkan saya menghantar informasi terkini terus kepada anda semua.Anda juga boleh menghubungi saya melalui email jika anda berminat menulis pandangan atau penulisan anda dan saya akan terbitkan pandangan anda di blog ini.Kita boleh berkongsi maklumat dengan semua orang melalui blog ini.Diharapan kan begitulah ek....

Jumaat, 18 Disember 2009

Cara-cara mengurangkan kesan lebam gelap di bawah mata

Disini saya akan berkongsi dengan anda semua, macam manakah hendak mengurangkan kesan lebam di bawah mata.mari lah kita kongsi bersama maklumat yang sampaikan.harus di ingat kalau kita berusaha mencuba tanpa jemu ia akan membuahkan hasil nya.bab kata pepatah melayu “wanita dan kecantikkan tidak dapat dipisahkan”.hehehehe.Cara untuk kurangkan kesan lebam mata gelap dibawah mata,antaranya ialah:-
· Minum air kosong dengan banyak.
· Tidur dan rehat dengan secukupnya
· Letakkan atau tuam lekapan sejuk
· Gunakan krim yang mengandungi vitamin antioksida seperti vitamin c
· Amalkan petua-petua nenek moyang kita.hehehe.sila baca di label petua pilihan.
· Gunakan ‘concealer’untuk menutup cela.pilih warna yang lebih terang dari kulit anda.

Sabtu, 12 Disember 2009

Pemakanan yang sihat


•Banyakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran dalam permakanan anda setiap hari.Makanan seperti ini mengandungi kandungan air yang tinggi di samping serat,vitamin dan mineral yang mudah dihadam.
•Ayam dan ikan lebih baik dimakan berbanding daging lembu atau kambing kerana kandungan kolesterolnya yang lebih rendah.
•Jangan lah memakan bahagian kulit ayam kerana bahagian tersebut mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi.
•Amalkan makan sayur-sayuran secara mentah seberapa banyak yang boleh kerana kandungan mineral dan khasiat semulajadi di dalam sayuran tersebut semakin berkurang apabila dimasak.
•Banyakkan minum air kosong atau mineral.mesti lah melebihi 12 gelas sehari untuk mengekalkan kesihatan badan.


Cuba hari ini dengan pemakanan yang sihat.Insyallah kesihatan badan anda lebih baik.....cuba jangan tak cuba..hehehehe....

Masalah lemak berlebihan dibahagian perut (buncit)

Ha ini dia cara yang baik untuk wanita yang mahu menyelasaikan masalah lemak berlebihan di bahagian perut anda.Cara dia amat mudah dan senang di lakukan di dalam bilik tidur sendiri.Ianya akan berhasil jika kita melakukan setiap hari sebelum dan selepas tidur.Wah badan anda akan ramping suatu hari nanti.hehehe...
• Senaman bangkit tubi sambil angkat kaki.
-baring menelentangkan badan dengan kedua lutut dibengkokan ke atas dan kedua tangan diletakan di belakang kepala anda.
-lakukan bangkit tubi keatas ,kemudian turunkan badan bahagian atas kembali ke lantai
-lakukan gerakan ini sebanyak yang anda mampu.biarlah melebihi 10 kali.
Lakukan setiap hari insyallah badan anda akan ramping macam yang anda inginkan.Percaya lah bahawa usaha tanpa jemu akan membawa kejayaan.jangan mudah menyerah kalah.kuatkan semangat anda.
Note :-Di eposide akan datang kita akan bincangkan tentang cara menjaga kecantikan kuku anda.tunguu.......

Jumaat, 11 Disember 2009

petua pilihan

Wow ini seharusnya anda mencuba.pernah tak anda mendengar petikan lagu ini “siapa bilang gadis melayu tak menawan,tak menarik hati tiada memikat,kalau lah memang tak mungkin aku tertarik kalau lah sungguh tak mugkin kan jatuh.”ha wanita melayu memang cantik molek.Cantik menarik kau memang the boom.huhuhu.
Cuba kita fikir sejenak.adakah nenek moyang kita dahulu mengunakan pelbagai produk kecantikan.?saya rasa mugkin ada tapi hanya sebilangan yang kecil sahaja.Mungkin juga Kerana zaman dulu kurang adanya produk-produk kecantikan ni.So kenapa nenek moyang kita kekal cantik molek sampai ke usia tua.Kalau tak percaya cuba tenung wajah nenek dan mak kita,cantik molek kan.huhuhuhu....Ha ni lah jawapan nya:- Ikuti lah petua -petua yang di amalkan nenek-nenek kita sejak dulu lagi.
Kami hadiah kan petua-petua ini khas untuk anda semua.
HAPUSKAN KUTU DI KEPALA
• Ambil empat hulas bawang putih yang telah dibuang kulit nya.tumbukkan bawang putih tadi dengan lumat dan gaul kan bersama minyak masak sehingga sebati.Kemudian lumurkan di atas kepala anda.amalankan setiap hari sehingga anda mendapat kesan nya.semoga berjaya.hehehe.
HILANGKAN SAKIT GIGI
• Ambil segenggam daun pokok kesinai (bonsai) dan di bersihkan.Rebus bersama empat gelas air dan segenggam garam kasar.biarkan sehingga mendidih.Setelah air rebusan tadi sejuk,gunakan air tersebut untuk berkumur-kumur selama 5 minit dengan diiringi selawat. amalankan setiap hari sehingga anda mendapat kesan nya.
LEMBABKAN KULIT MUKA ANDA
• Ambil kubis yang segar dan tumbuk hingga mengeluarkan air,kemudian campurkan dengan sedikit madu lebah.Sapu pada bahagian muka.amalkan setiap hari supaya muka anda akan mejadi segar,lembab dan licin.
MASALAH SEMBELIT BAGI IBU BERSALIN
• Rebus seikat sawi bersama sedikit lada hitam,halia dan bawang putih.Makanlah bersama dengan nasi tanpa mengambil kuahnya.Cubalah.insyaallah akan berkesan.
BISA SENGAT TEBUAN ATAU LEBAH
• Ambil pisau atau parang dan asah kan dengan air diatas batu pengasah,kemudian ambil air dakinya dan sapukan pada tempat yang sengat lebah atau terbuan tersebut.Dalam beberapa minit ianya akan pulih seperti biasa........
Setakat sini sahaja dulu.tunggu di episod yang akan datang.jangan lepaskan aneka petua yang menarik ini.tunggu........banyak lagi petua yang menanti anda.........