Rabu, 11 Mei 2011

register company

untuk makluman semua kami akan register company kami dengan nama
i2u foodtech enterprise pada hari jumaat ni atau selewat-lewatnya minggu depan..
sekian terima kasih.....

Rabu, 27 April 2011

salam semua,sedikit pengumuman disini..kami dengan sukarela hati nya menjemput kawan2 yang berniaga untuk memasarkan produk anda di blog kami...email kami utk keterangan lebih lanjut,

Selasa, 26 April 2011

sampel ikan terubok masin serawak secara percuma

kami menyediakan sampel percuma kepada anda semua untuk merasai sendiri keenakkan ikan terubok masin serawak ni....so boleh lah contact kami ek....0192391043

Rabu, 20 April 2011

berniaga kat pasar malam

salam dan selamat sejahtera semua...

disini kami membuat pengumuman...
kami akan beroperasi di pasar malam terpilih sekitar kuala lumpur bermula minggu depan...insyallah..

thanks...

Ahad, 17 April 2011

tentang kami...

salam semua diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat....
disini saya nak share dgn semua org apa itu sebenarnya maksud i2u solution...

i2u solution
i....bermaksud saya(kami)
2....bermaksud kepada
u....bermaksud awk(anda)
solution...bermaksud penyelasaian masalah..

kami kepada anda untk menyelasiakan masalah bekalan kepada pengemar ikan terubok masin serawak di semenanjung dengan harga yang paling murah.....

misi i2u solution.
...utk menjadi pembekal paling murah di pasaran disamping kualiti masih lg diutamakan.....
...utk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan...

Sabtu, 16 April 2011

persoalan dan jawapan yang anda harus tahu tentang kami

soalan1.mengapa anda memerlukan produk kami/perkhidmatan kami?
jawapan.....kerana kami menawarkan nilai pada harga yang terendah brkualiti tinggi serta perkhidmatan yang cekap.kami tidak mementing margin yang tinggi tapi kuantiti yang tinggi serta jangka masa panjang..

soalan2.bagaimana anda membuat pilihan?
jawapan.....kami akan memudahkan anda dengan menyedia pakej2 menarik menanti anda..serta anda juga tidak perlu risau kerana tiada mininum order yg kami kenakan

solan3.bagaimana dengan pembayaran?
jawapan.....untuk tempahan online jika pembelian dibawah rm100.00 pembayaran boleh dibuat selepas anda menerima barang kami.jika melebihi rm100.00 pembayaran terlebih dahalu mesti dijelaskan....untuk delivery sekitar kl dan selangor pembayaran cash semasa penghantaran...

solan4 bagaimana ikan terubok masin serawak sampai kepada anda.?
jawapan....untuk kawasan kl dan selangor kami akan hantar direct kpd anda..tapi utk luar kl dn selangor seluruh semananjung kami akan mggunakan perkhidmatan pos laju..anda kena tanggung kos pos laju...

soalan5..berapa lama ikan terubok masin serawak tahan/blh simpan.?
jawapan...tiada tarikh luput sebenarnya..tapi kena lah simpan di dalam freeze.

soalan6..boleh kah anda memulang barang kepada kami jika anda tidak puas hati dengan barang kami..?
jawapan..ya..anda boleh pulang barang kami dalam tempoh 7 hari berkeja dan duit anda kami akan pulangkan dalam masa 3 hari berkeja...

Rabu, 13 April 2011

contact us

jika anda ada sebarang pertanyaan jangan malu jangan segan sila sms/call kami:
019-2391043
email:adi.mrbrightside@gmail.com/adi.mrbrightside@hotmail.com

note:untuk feedback pantas sila sms/call kami...gerenti sebarang pertanyaan anda akan dijawab dengan segera....

ikan terubok masin serawak

IKAN TERUBOK MASIN SERAWAK DENGAN HARGA PALING MURAH !!!!!!!!!!!!!!!!!
Kini anda boleh menikmati juadah ikan terubok masin serawak walaupun anda tidak berkunjung ke serawak. Ketahuilah ikan terubok masin serawak ini merupakan makanan popular bagi penduduk serawak.ia juga dikenali sebagai ikan pelancongan bagi negeri serawak.mana tak nya setiap kali pengunjung dari semenanjung dan singapura berkunjung ke serawak pasti tidak lupa dengan ikan terubok masin serawak.
Berikan 10minit masa emas anda untuk membaca laporan seterusnya.
Baiklah anda boleh panggil saya ADI-INFO2UWANITA(I2U) dan sebentar lagi saya akan terangkan kepada anda tentang ikan terubok masin serawak. Ikan Terubok Masin Sarawak (tempatan) lebih berkualiti dengan isinya yang lebih "cantik" dan lebih segar serta sedap berbanding dengan ikan terubok import yang sedikit tawar. Ikan Terubok Masin Sarawak merupakan makanan kegemaran khususnya penduduk tempatan di Sarawak. Keenakkan isi ikan terubok yang masin serta ranggup apabila dimakan cukup menyelerakan. Apa lagi jika ikan terubok masin sarawak dimakan dengan perahan limau dan cili padi. Bagi pengguna yang inginkan rasa masin, anda tidak perlu mencuci ikan terbok masin tersebut sebelum digoreng. Tetapi sebalik pengguna yang ingin mengurangkan rasa masin (sederhana) lebih baik cuci sebelum masak bagi mengurangkan kadar kemasinan pada ikan tersebut.i
ikan terubok masin sekarang banyak ikan terubok yang diimport dari Negara luar seperti Indonesia, India, Thailand, Bangladesh, Burma, Pakistan dan Kuwait. Namun perbezaan ketaranya adalah pada rasa ikan terubok masin itu sendiri. Ikan terubok (local) Sarawak merupakan ikan yang mempunyai nilai rasa yang cukup manis dan lazat apa lagi jika ianya dijadikan ikan terubok masin. Perbezaan antara terubuk Sarawak dengan terubuk import, ialah terubuk tempatan berkepala besar tetapi pendek manakala ikan import berkepala bulat dan panjang. Sayang sekali, banyak pengguna yang keliru atau tertipu kerana tidak dapat mengenal pasti bahawa banyak empirit yang dijual di pasaran sekarang cuma pengguna yang tidak tahu perbezaannya.
Anda jangan risau kami hanya menjual ikan terubok masin serawak yang original.harga nya berbaloi dengan kos penghantaran dari serawak.murah memang murah.sepanjang penglibatan kami dalam sebulan lepas sebanyak 100ekor telah kami edarkan di sekitar kuala lumpur..terima kasih kerana sudi meluangkan masa emas anda untuk membaca laporan saya ini.jika anda ada sebarang pertanyaan jangan segan jangan malu soalan anda akan kami jawab dengan segera.anda juga boleh sms saya di hot line kami 0192391043.

Rabu, 16 Mac 2011

CUEPACS CADANG MODUL PENGURUSAN KEWANGAN PERSENDIRIAN BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
4/1/2011


KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bimbang dengan jumlah muflis di kalangan penjawat awam, Cuepacs, kesatuan yang mewakili lebih sejuta pegawai kerajaan di negara ini mahu satu modul "pengurusan kewangan persendirian" diperkenalkan kepada penjawat awam baru.

Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Pheng berkata modul itu boleh dimasukkan ke dalam kursus induksi bagi pengambilan baru.

Adalah penting untuk mendidik para penjawat awam baru dengan kemahiran pengurusan kewangan pada awal kerjaya mereka supaya mereka dapat mengelakkan hutang, katanya kepada Bernama pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan bahawa 1,086 penjawat awam diisytihar muflis pada 2009, dengan 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki.

Lok berkata jika perkara ini tidak dipantau, ia akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka.

Hutang berkenaan akan membawa kepada gejala rasuah dan ini akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan, katanya.

Beliau berkata kebanyakan kes muflis berlaku berikutan kedudukan penjawat awam sebagai penjamin bagi pinjaman yang dilakukan rakan atau anggota keluarga mereka.

"Nasihat kami adalah supaya mereka berhati-hati apabila menandatangani perjanjian sebagai penjamin kerana sebaik sahaja peminjam gagal membayar pinjaman, penjamin perlu melunaskan baki pinjaman," kata Lok, yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

"Kami mempunyai banyak kes penjawat awam yang terpaksa membayar pinjaman yang dilakukan oleh orang lain," katanya.

Menurut Lok, penjawat awam perlu mengelakkan diri daripada mengambil pinjaman yang besar sehingga menyusahkan mereka melunaskan bayaran balik.

Beliau turut mengingatkan bahawa penjawat awam menghadapi risiko hilang pekerjaan dan pencen jika mereka diisytiharkan muflis.

-- BERNAMA

Selasa, 15 Mac 2011

mari kita lihat adakah anda sedang mengalami masalah kewangan....

1)selalu bertengkar dengan pasangan anda berhubung soal wang

2)nisbah hutang lebih tinggi daripada pendapatan...

3)menggunakan had kad kredit sehingga maksimum....

4)hanya membuat pembayaran hutang secara minimum

5)selalu menanguhkan pembayaran bil bulanan contoh kereta,rumah,kad kredit dll akan menyebabkan hutang tertunggak

6)terlalu banyak berhutang dengan saudara mara atau kawan2....

jika anda seperti diatas anda mesti melakukan sesuatu yang bijak sebelum ianya bertambah parah....
menentukan matlamat kewangan anda

Matlamat kewangan anda seharusnya menggambarkan perkara yang anda ingin kecapi dengan wang anda dalam jangka masa tertentu. Penetapan matlamat ini akan membantu anda memahami nilai sebenar wang dan menggalakkan anda untuk berbelanja dengan lebih bijak. Tetapkan jangka masa untuk merancang dan melaksanakan setiap matlamat anda, sama ada matlamat itu berjangka masa pendek, sederhana atau panjang.Sekiranya anda tidak mempunyai lebihan wang tunai untuk disimpan, anda mungkin perlu menyemak semula tabiat berbelanja anda dan mengurangkan perbelanjaan yang tidak diperlukan.
7 kesilapan lazim dalam pengurusan kewangan

JIKA anda bercadang mengukuhkan kedudukan kewangan, anda mesti mengenal pasti terlebih dulu kesilapan pengurusan kewangan yang lazim dilakukan supaya anda dapat belajar daripadanya.

Gagal Merancang
Alasan yang selalu diberikan oleh mereka yang tidak merancang kewangan ialah "Saya sibuk dengan kerja dan keluarga hingga tidak sempat untuk menguruskan kewangan saya". Sebenarnya, walaupun anda hanya tergolong dalam golongan berpendapatan sederhana, tabiat `merancang kewangan' akan membolehkan anda menjadi seorang berjaya mengumpul kekayaan di kemudian hari kelak.

Berbelanja Melebihi Kemampuan
Dewasa ini, kita sering berbelanja melebihi kemampuan akibat desakan rakan dan juga iklan di sekeliling kita. Ramai yang sanggup menghabiskan wang semata-mata untuk mengikut arus peredaran masa dan tidak mahu dianggap ketinggalan zaman. Akibatnya, ramai yang hanya mempunyai baki yang amat sedikit dalam akaun bank di hujung bulan selepas ditolak bayaran pelbagai pinjaman, kad kredit, bil dan sebagainya.

Berbelanja Menggunakan Kad Kredit
Tabiat beli dulu dan bayar kemudian adalah perkara biasa dewasa ini. Hampir setiap orang mempunyai sekurang-kurangnya satu kad kredit. Malah, ramai yang memiliki lebih daripada satu kad. Dengan bayaran minimum setiap bulan, ramai yang akan berpotensi untuk terus berbelanja. Mereka tersalah anggap mengenai bayaran minimum terbabit, dan tidak menyedari bahawa lama kelamaan ia akan menjadi hutang yang menggunung di kemudian hari.

Jika tersilap langkah, tidak mustahil anda juga boleh menjadi muflis akibat tabiat sedemikian. Justeru, pastikan anda menggunakan kad kredit secara berhemat.

Lewat Menabung Untuk Hari Tua
Untuk memulakan persaraan, kita mesti memastikan yang kita mempunyai wang mencukupi bagi menampung gaya hidup yang diinginkan selepas bersara. Bagaimanapun, masih ramai terutama mereka yang sudah hampir bersara, masih bergelut untuk mencapai jumlah simpanan diperlukan. Sepatutnya, setiap kali gaji naik, simpanan kita turut naik. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah setiap kali gaji naik, perbelanjaan pula yang bertambah.

Melabur dalam Produk yang Tidak Bersesuaian
Terdapat pelbagai produk pelaburan di pasaran. Untuk memastikan kita melabur dalam produk pelaburan yang menepati profil risiko dan ganjaran yang diinginkan, kita memerlukan ilmu pengetahuan mengenai selok-belok pelaburan. Justeru, pastikan anda meneliti ciri sesuatu produk pelaburan berkenaan dan mengkaji kumpulan pengurusannya sebelum melabur.

Tidak Menabung untuk Waktu Kecemasan
Sesetengah orang beranggapan yang membeli insurans adalah perbuatan membazir wang. Tetapi tahukah anda bahawa tanpa insurans, kedudukan kewangan kita akan tergugat terutama jika kita hilang pendapatan/pekerjaan. Tanpa insurans atau wang simpanan, seluruh keluarga akan merana dan ketika itu juga agak terlambat untuk memikirkan bagaimana ingin mencari sumber pendapatan yang lain dengan kadar segera.

Terlampau Memikirkan Pasal Wang
Dalam usaha memupuk tabiat merancang kewangan, janganlah pula terlampau taksub mengumpul kekayaan sehingga lupa akan perkara lain yang amat bermakna dalam hidup kita seperti keluarga, kesihatan, kepuasan berkarier serta rakan dan taulan.

Akhir sekali, kita perlu sentiasa mengingatkan diri mengenai kepentingan merancang kewangan. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dalam membina kekayaan dan menguruskan kewangan, besar kemungkinan kekayaan tidak akan berpihak kepada kita.


Artikel ini disediakan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC). Sila layari laman web Pelabur Malaysia, www.min.com.my untuk mendapatkan tip pelaburan bijak.